Penubuhan Syarikat Enterprise

Thursday, January 1, 2009

1. Daftar Syarikat
Pendaftaran syarikat sama ada bertaraf enterprise ataupun sedn bhd perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk enterprise hanya perlukan salinan kad pengenalan pemilik (dan rakan kongsi jika ada) dan wang pendaftaran sebanyak RM 70. Pendaftaran sangat mudah. Terus pergi ke SSM yang terdekat di tempat anda dan rujuk pada kaunter pertanyaan untuk maklumat lanjut. Mereka sedia membantu.

Pautan berkenaan:

2. Buka Akaun syarikat
Setelah selesai pendaftaran, anda akan menerima sijil pendaftaran berlambangkan SSM. Sila bawa sijil tersebut untuk membuka akaun di bank-bank konvensional tempatan. Setiap bank berbeza jumlah minimum amaun yang diperlukan. Silalah rujuk pada bank-bank berkenaan. Tetapi untuk syarikat enterprise kebiasaannya jumlah minimum ialah tidak lebih dari RM 2000.

3. Premis 
Anda kini boleh memulakan perniagaan anda di mana-mana sahaja anda suka. Untuk premis yang menjalankan perniagaan secara terbuka dan terus kepada pelanggan, anda perlu mendapatkan lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT). Lesen-lesen ada lah berbeza bagi jenis2 perniaagaan yang dijalankan. Carilah premis yang berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. 

Pastikan perjanjian secara hitam putih dibuat dengan tuan punya premis sekiranya anda menyewa premis berkenaan. Ini penting utk mengelakkan sebarang masalah di masa depan.Pastikan sewa premis dan bayaran deposit permulaan berada dalam budget anda. 







Posted by iznan at 11:05 PM 1 comments  

Langkah2 memulakan perniagaan

Tuesday, April 1, 2008

siri pertama utk bisnes:
1. senaraikan 10 bisnes yg anda mampu buat. biar realistik. jgn nak buat shopping complex plak...tu besor sgt..pelan2...cthnya buka kedai fotostat, kedai dobi, kedai busana, kedai sukan, kedai basikal etc
2. dari 10 tuh, pilih 5 bisnes yg paling dekat di hati anda. dekat dihati dan dekat di kocek actually..basically sape yg makan gaji sekarang dan ada plan nak retire dalam masa 5 tahun akan dtg dah boleh start planning
3. dari 5 tuh, senaraikan 3 sahaja yg anda boleh beri masa banyak (ini utk org yg tgh planning nak retire) dan yg paling sket risikonya.....bagi yg dah confident nak bisnes...pilih satu jeins bisnes yg anda boleh dan mampu serta komited utk buat......
4. buat kertas kerja ringkas termasuk cashflownya sekali utk paling koman setahun...plaing bagus 3 thn
5. kemaskan kertas kerja dgn bantuan mereka yg mahir....ini termasuklah pro and kontranya.....detail cashflow....excutive summary...produk...marketing.....etc etc etc
6. kumpulkan semua dokumen penting....buat salinan dan filekan...
7. start carik modal....utk yg masih bekerja inilah masanya utk simpan duit atau buat loan....nowadays sangat mudah buat loan yg islamic dan rendah interestnya....dan invest sebhgian besarnya utk bisnes anda itu dan simpan sket utk buat bayaran semula..cthnya bisnes kornag perlukan rm 100k....pinjam rm 120k..spya pembayaran semula boleh dibuat dengan berjadual.....at least setahun pertama mesti mahu smooth pembayaran...supaya financial statement hujung tahun nampak kemas sket.....sebabnya dalam byk hal, penyata kewangan 1-3 tahun sykt sngat penting.....ini reputasi sykt kata org2 bisnes...so daripada takde langsung korang2 yg masih kerja dan nak buat bisnes, better registr company sekang.....
8. cari kawan2 yg boleh dipercayai...never walk alone.....jgn buat sendiri2..sesungguhnya kerja berjemaah ini sangat baik.....
9. daftar company.....start small bro.....enterprise pon takpe dah kalau nak buka car wash atau kedai digital printing (kedai fotostat aje..tp nama kene gempak..kekek)
10. carik barang..setup kedai/office..cari pekrja....cari2 bende2 perlu nak buat bisnes.......
11. MULAKAN BISNES!!!!!!!!!

Posted by iznan at 11:20 PM 0 comments  

Businessman

Sunday, January 20, 2008

businessman - a person engaged in commercial or industrial business (especially an owner or director)

Jadi sekiranya anda bukanlah pemilik atau pengarah sesebuah syarikat, anda belum lagi boleh layak bergelar businessman.

Mari kita lihat posisi pemilik dan pengarah syarikat:

bagi syarikat sdn bhd,berhad dan kperasi --- Baca sendiri di WIKI
bagi syarikat enterprise (milik tunggal atau perkongsian) --download dokumen ini

Kalau di Malaysia anda boleh buka syarikat bertaraf

  • enterprise
  • sdn bhd
  • berhad
  • Koperasi

Kami bermula dengan syarikat bertaraf enterprise dan kini sudah jadi sdn bhd. Anda bila lagi?

Posted by iznan at 11:08 PM 0 comments  

Tujuan Guru Bisnes

Wednesday, January 16, 2008

Hampir semua orang, terutama orang muda, teringin nak buat bisnes. Alasannya ada seribu satu macam: duit tak cukup, nak kerja sendiri, nak wujudkan peluang pekerjaan, nak jadi jutawan, nak jadi ribujutawan (billionaire), nak kerja ikut masa sendiri, tak mahu pakai tie setiap hari, tak mahu jadi kuli makan gaji, nak naikkan taraf ekonomi Melayu/Cina/India etc etc etc.

Dalam ramai-ramai yang cakap dan berniat nak bisnes, tak sampai 5% ada inisiatif untuk betul-betul buat bisnes. Kata lah ada 1000 orang cakap nak buat bisnes, cuma 50 orang yang betul-betul buat keputusan nak buka perniagaan. Yang 95% lagi, sampai umur lanjut pun duduk cakap kedai kopi sahaja. Omong-omong nya macam CEO, cakap pasal tender lah, "lubang" lah, network lah, kontrak lah, macam-macam lagi, tapi hakikatnya mereka tiada keberanian @ "telur" untuk buat bisnes (alasan paling convenient: tak ada modal).

Dalam 50 orang yang "buat bisnes" tadi:

# 10 orang akan buat "bisnes kecil-kecilan": buat dan jual kek coklat, jadi reseller bahan herba, jual sarung bantal, jual barang katalog, jual gelang besi ajaib dan macam-macam lagi. Mereka tak berhenti kerja, dengan alasan takut bisnes gagal. Beri masa 80% untuk kerja, dan 20% lagi untuk bisnes. Biasanya, prestasi di pejabat akan merosot: sibuk cari pelanggan di pejabat, guna printer pejabat, guna Internet ofis untuk cari downline, etc. "Bisnes"nya pun tak ke mana, cuma dapat lah bersih RM200 sebulan, buat makan KFC dengan anak-anak. Tapi beli inventory sahaja dah RM5,000 dan bertimbun-timbun tak laku.

# 10 orang lagi akan jadi "agen". Bisnes mereka ialah jual insurans, unit amanah (unit trust), mutual fund, dan sebagainya. Mereka ada backing dari kompeni besar, siap ada latihan dan komisen. Maka mereka selamat dari kerugian. Mereka seakan-akan kerja part-time dengan kompeni besar ini. Maknanya mereka ada dua majikan untuk berkhidmat. Bila jadi macam ini, pelbagai konflik akan berlaku. Kebanyakan majikan besar tak benarkan pekerjanya ambil kerja sambilan -- maka anda akan sentiasa hidup dalam ketakutan, takut bos anda tahu anda buat kerja lain. Saya belum pernah dengar orang yang jadi agen part-time ini dapat buat duit besar (kalau saya salah, harap perbetulkan).

# 10 orang lagi akan jadi "freelancer". Dengan kawan-kawan mereka, mereka akan pool the resources and expertise, selalunya berkaitan komputer atau senireka, dan cari kerja-kerja yang memerlukan kepakaran mereka. Contohnya, design brochure, business card, profil syarikat, atau poster. Ini tak perlu pejabat, kerana boleh dibuat di rumah atau pejabat sebenar (diam2 semasa bos tak ada). Tiada overhead, tiada risiko modal (kerana pelanggan selalunya bayar upfront), dan boleh gunapakai skill yang dipelajari untuk buat duit. Cara ini sesuai untuk orang muda, tapi ingat, ini bukan "bisnes", ini cuma "independent labor".

# 10 orang lagi, maaf kata, akan TERTIPU dan TERPEDAYA, kemudian MENIPU dan MEMPERDAYA. Kononnya buat "bisnes", tapi sebenarnya buat tipu. Contoh: perniagaan internet, skim piramid, swiss cash, perigi duit, tsunami wang, dan sebagainya. Nanti saya huraikan panjang lebar dalam entry-entry akan datang tentang perihal manusia busuk ini, yang banyak di sekeliling saya.

# 10 orang lagi, adalah manusia yang ikhlas, sabar, berani, entrepreneurial, berjiwa merdeka, "no-nonsense" dan kuat berusaha. Mereka ini akan buat bisnes yang sebenar. Bisnes yang proper dan telus. Ada premis berdaftar, pekerja, dan tunai. Bergelumang dengan payah jerih ahli perniagaan dan usahawan sebenar.

Jika anda bercita-cita untuk jadi 10 orang yang terakhir ini, maka Guru Bisnes ialah untuk anda.


Posted by bal at 8:05 PM 0 comments  

Guru Bisnes created

From zero to hero?This is not impossible....

Posted by iznan at 1:25 AM 0 comments