Businessman
Sunday, January 20, 2008
businessman - a person engaged in commercial or industrial business (especially an owner or director)
Jadi sekiranya anda bukanlah pemilik atau pengarah sesebuah syarikat, anda belum lagi boleh layak bergelar businessman.
Mari kita lihat posisi pemilik dan pengarah syarikat:
bagi syarikat sdn bhd,berhad dan kperasi --- Baca sendiri di WIKI
bagi syarikat enterprise (milik tunggal atau perkongsian) --download dokumen ini
Kalau di Malaysia anda boleh buka syarikat bertaraf
- enterprise
- sdn bhd
- berhad
- Koperasi
Kami bermula dengan syarikat bertaraf enterprise dan kini sudah jadi sdn bhd. Anda bila lagi?
Tujuan Guru Bisnes
Wednesday, January 16, 2008
Hampir semua orang, terutama orang muda, teringin nak buat bisnes. Alasannya ada seribu satu macam: duit tak cukup, nak kerja sendiri, nak wujudkan peluang pekerjaan, nak jadi jutawan, nak jadi ribujutawan (billionaire), nak kerja ikut masa sendiri, tak mahu pakai tie setiap hari, tak mahu jadi kuli makan gaji, nak naikkan taraf ekonomi Melayu/Cina/India etc etc etc.
Dalam ramai-ramai yang cakap dan berniat nak bisnes, tak sampai 5% ada inisiatif untuk betul-betul buat bisnes. Kata lah ada 1000 orang cakap nak buat bisnes, cuma 50 orang yang betul-betul buat keputusan nak buka perniagaan. Yang 95% lagi, sampai umur lanjut pun duduk cakap kedai kopi sahaja. Omong-omong nya macam CEO, cakap pasal tender lah, "lubang" lah, network lah, kontrak lah, macam-macam lagi, tapi hakikatnya mereka tiada keberanian @ "telur" untuk buat bisnes (alasan paling convenient: tak ada modal).
Dalam 50 orang yang "buat bisnes" tadi:
# 10 orang akan buat "bisnes kecil-kecilan": buat dan jual kek coklat, jadi reseller bahan herba, jual sarung bantal, jual barang katalog, jual gelang besi ajaib dan macam-macam lagi. Mereka tak berhenti kerja, dengan alasan takut bisnes gagal. Beri masa 80% untuk kerja, dan 20% lagi untuk bisnes. Biasanya, prestasi di pejabat akan merosot: sibuk cari pelanggan di pejabat, guna printer pejabat, guna Internet ofis untuk cari downline, etc. "Bisnes"nya pun tak ke mana, cuma dapat lah bersih RM200 sebulan, buat makan KFC dengan anak-anak. Tapi beli inventory sahaja dah RM5,000 dan bertimbun-timbun tak laku.
# 10 orang lagi akan jadi "agen". Bisnes mereka ialah jual insurans, unit amanah (unit trust), mutual fund, dan sebagainya. Mereka ada backing dari kompeni besar, siap ada latihan dan komisen. Maka mereka selamat dari kerugian. Mereka seakan-akan kerja part-time dengan kompeni besar ini. Maknanya mereka ada dua majikan untuk berkhidmat. Bila jadi macam ini, pelbagai konflik akan berlaku. Kebanyakan majikan besar tak benarkan pekerjanya ambil kerja sambilan -- maka anda akan sentiasa hidup dalam ketakutan, takut bos anda tahu anda buat kerja lain. Saya belum pernah dengar orang yang jadi agen part-time ini dapat buat duit besar (kalau saya salah, harap perbetulkan).
# 10 orang lagi akan jadi "freelancer". Dengan kawan-kawan mereka, mereka akan pool the resources and expertise, selalunya berkaitan komputer atau senireka, dan cari kerja-kerja yang memerlukan kepakaran mereka. Contohnya, design brochure, business card, profil syarikat, atau poster. Ini tak perlu pejabat, kerana boleh dibuat di rumah atau pejabat sebenar (diam2 semasa bos tak ada). Tiada overhead, tiada risiko modal (kerana pelanggan selalunya bayar upfront), dan boleh gunapakai skill yang dipelajari untuk buat duit. Cara ini sesuai untuk orang muda, tapi ingat, ini bukan "bisnes", ini cuma "independent labor".
# 10 orang lagi, maaf kata, akan TERTIPU dan TERPEDAYA, kemudian MENIPU dan MEMPERDAYA. Kononnya buat "bisnes", tapi sebenarnya buat tipu. Contoh: perniagaan internet, skim piramid, swiss cash, perigi duit, tsunami wang, dan sebagainya. Nanti saya huraikan panjang lebar dalam entry-entry akan datang tentang perihal manusia busuk ini, yang banyak di sekeliling saya.
# 10 orang lagi, adalah manusia yang ikhlas, sabar, berani, entrepreneurial, berjiwa merdeka, "no-nonsense" dan kuat berusaha. Mereka ini akan buat bisnes yang sebenar. Bisnes yang proper dan telus. Ada premis berdaftar, pekerja, dan tunai. Bergelumang dengan payah jerih ahli perniagaan dan usahawan sebenar.
Jika anda bercita-cita untuk jadi 10 orang yang terakhir ini, maka Guru Bisnes ialah untuk anda.
Guru Bisnes created
From zero to hero?This is not impossible....