Penubuhan Syarikat Enterprise

Thursday, January 1, 2009

1. Daftar Syarikat
Pendaftaran syarikat sama ada bertaraf enterprise ataupun sedn bhd perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk enterprise hanya perlukan salinan kad pengenalan pemilik (dan rakan kongsi jika ada) dan wang pendaftaran sebanyak RM 70. Pendaftaran sangat mudah. Terus pergi ke SSM yang terdekat di tempat anda dan rujuk pada kaunter pertanyaan untuk maklumat lanjut. Mereka sedia membantu.

Pautan berkenaan:

2. Buka Akaun syarikat
Setelah selesai pendaftaran, anda akan menerima sijil pendaftaran berlambangkan SSM. Sila bawa sijil tersebut untuk membuka akaun di bank-bank konvensional tempatan. Setiap bank berbeza jumlah minimum amaun yang diperlukan. Silalah rujuk pada bank-bank berkenaan. Tetapi untuk syarikat enterprise kebiasaannya jumlah minimum ialah tidak lebih dari RM 2000.

3. Premis 
Anda kini boleh memulakan perniagaan anda di mana-mana sahaja anda suka. Untuk premis yang menjalankan perniagaan secara terbuka dan terus kepada pelanggan, anda perlu mendapatkan lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT). Lesen-lesen ada lah berbeza bagi jenis2 perniaagaan yang dijalankan. Carilah premis yang berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. 

Pastikan perjanjian secara hitam putih dibuat dengan tuan punya premis sekiranya anda menyewa premis berkenaan. Ini penting utk mengelakkan sebarang masalah di masa depan.Pastikan sewa premis dan bayaran deposit permulaan berada dalam budget anda. 







Posted by iznan at 11:05 PM 1 comments